Tuesday, February 2, 2021

 KEMPEN KESEDARAN PENGGUNA (22 OGOS, 2020)


    Kempen Kesedaran Pengguna ini adalah program di bawah anjuran KPDHEP dengan kerjasama MPKK Pengalat Kecil, Papar, Hospital Papar, MCMC, CAPS dan beberapa agensi yang lain.

    Kempen ini dijalankan di lokasi Kampung Pengalat Kecil dengan menggunakan prasarana yang sedia ada iaitu Dewan Serbaguna (untuk program ceramah), Bilik Gerakan (Kempen Derma Darah) dan Gelanggang Futsal (Pertandingan Mewarna Murid Tadika KEMAS Pengalat Kecil)

    Berikut antara program-program yang dijalankan sepanjang hari

    1.    Seminar / Ceramah "Kesedaran Pengguna" bersama NGO dan komuniti

    2.    Kempen derma darah

    3.    Pameran Agensi Kerajaan dan NGO

    4.    Pertandingan Mewarna Kanak-kanak (tertumpu kepada murid tadika KEMAS Pengalat Kecil

    5.    Kuiz Kesedaran Pengguna



    
         

   


   



   


















Tuesday, August 18, 2020

GOTONG-ROYONG PERDANA (MASJID AL-FALAH KG PENGALAT KECIL- BUNDUSAN

GOTONG ROYONG PERDANA

    

    Gotong-royong Perdana ini dijalankan pada 26 Julai, 2020 (Ahad).  Aktiviti tersebut melibatkan MPKK dan Ketua Kampung bagi kedua-dua kampung yang terlibat iaitu Kampung Pengalat Kecil dan Kampung Bundusan.  Turut memberikan kerjasama adalah pihak Pengurusan Masjid Al-Falah dan Kumpulan Kelas Al-Quran Masjid Al-Falah.

    Program dijalankan adalah bertujuan bagi membersihkan persekitaran rumah ibadah iaitu Masjid Al-Falah sempena menyambut Hari Raya Aidil Adha yang akan diraikan pada 31 Julai, 2020.  Selain penduduk kampung, program tersebut turut dihadiri oleh rombongan wakil Tuan Hj Ahmad Bin Hassan (ahli Parlimen P 175 Papar), Wakil Datuk Aidi (ADUN N 22 Pantai Manis) dan UPPM Tuan Faizal Bin Padlee (UPPM N 21 Kawang).


     





INFO ON WHEEL

INFO ON WHEEL


    INFO ON WHEEL adalah merupakan aktiviti yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan bersama Jabatan Kesihatan sempena hari Kemerdekaan negara Malaysia yang akan berlangsung pada 31 Ogos, 2020  iaitu pada bulan hadapan.  Aktiviti dijalankan pada 06 Ogos, 2020 di mana pihak dari Jabatan Penerangan dan Kesihatan singgah memasuki kampung yang berada pada laluan utama dan Kg. Pengalat Kecil, Papar merupakan salah sebuah kampung yang terpilih untuk aktiviti tersebut.

    Aktiviti ini turut dihadiri oleh MPKK Pengalat Kecil, Ketua Kampung Pengalat Kecil dan beberapa orang penduduk kampung.  Aktiviti ini adalah untuk memberi pendedahan tentang covid 19, dan beberapa perkara lagi mengenai norma baharu yang harus dilalui oleh semua rakyat Malaysia bagi mengekang penularan wabak Covid 19




Monday, September 30, 2019

PENYERAHAN TANGKI AIR

Tangki air diserahkan pada 24 - 25 September, 2019 kepada penerima yang layak.




PROGRAM SAYANGI MALAYSIAKU DAN KEMPEN DERMA DARAH

  Program Sayangi Malaysiaku yang dianjurkan oleh MPKK Pengalat Kecil, Papar diadakan pada 15 September, 2019 dan dirasmikan oleh Datuk Hj. Ghulam Haidar Khan Bahadar, ADUN N 21 Kawang dan turut dihadiri oleh En. Faizal Bin Padlee, PPM N 21 Kawang.
  Program berlangsung bermula seawal 7 pagi dan berakhir pada jam 12 tengah malam. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah

  1. KEMPEN DERMA DARAH bersama pihak Hospital Papar.  Aktiviti juga mendapat kerjasama dari pihak PGA dan juga JPAM Papar.
  2. Senam zumba yang diketuai oleh insructor Azleyianizan Bin Jaini
  3. FUN RUN - Para pelari dilepaskan oleh En. Rosli Bin Ibrahim , Setiausaha Eksekutif PPBBM  Papar 
  4. Pertandingan Beyblade tertutup Kg. Pengalat Kecil Papar kategori kanak-kanak bawah 12 tahun
  5. Pertandingan mewarna terbahagi kepada 3 kategori, kategori umur 6 tahun dan ke bawah, kategori tahap 1 dan kategori tahap 2
  6. Pertandingan Pakaian Beragam Malaysia
  7. Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik

Mesyuarat Akhir













Pecutan Akhir


Acara Kemuncak

 SENAM ZUMBA







FUN RUN












Pertandingan Beyblade Tertutup


Pertandingan Mewarna



Kempen Derma Darah





ACARA KEMUNCAK

FESYEN




Pertandingan Bey
 Pemenang Pertandingan Beyblade dan juga merupakan pengunjung bertuah yang memenangi sebuah PETI SEJUK SHARP yang disumbangkan oleh Datuk Hj Ghulam Haidar Khan Bahadar




Pertandingan Mewarna



Pertandingan Nyanyian Lagu Patriotik









Lain-lain







 KEMPEN KESEDARAN PENGGUNA (22 OGOS, 2020)     Kempen Kesedaran Pengguna ini adalah program di bawah anjuran KPDHEP dengan kerjasama MPKK Pe...