Lokasi kampung pengalat kecil papar
Kampung Pengalat Kecil merupakan salah sebuah kampung yang terletak di dalam Daerah Papar. Dari Pekan Papar ke kampung ini memakan masa 5 - 15 minit perjalanan (3 km) dengan menggunakan kenderaan bermotor. Dan jika memasuki kampung ini dari Bandaraya Kota Kinabalu, memerlukan masa 1/2 - 1 jam (36 km) perjalanan menggunakan kenderaan bermotor.
Terdapat juga beberapa kampung yang berdekatan mengelilingi Kampung Pengalat Kecil Papar ini. Antara kampung-kampung tersebut adalah :
A. Kampung Bundusan
B. Kampung Pengalat Besar
C. Kampung Dambai
D. Kampung Sumiling
E. Kampung Melugus & Timbagan
F. Kampung Buang Sayang 1 & 2
G. Kampung Sapat
Jika dilihat melalui peta, kedudukan koordinat jalan masuk ke Kampung Pengalat Kecil adalah seperti berikut :
Dari Papar - Jalan Masuk Kampung
: Latitud ; 5.742516 Longitud ; 115.942946
Dari Kota Kinabalu - Jalan Keluar Kampung
: Latitud ; 5.749023 Longitud ; 115.955024
No comments:
Post a Comment